Page 740 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 740
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pelaksanaan RUU Akta 355. Walau pun para pelajar di FUU merupakan golongan yang
memahami undang-undang termasuk Rang Undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355,
namun ini tidak mengubah persepsi mereka. Hal ini disebabkan oleh pandangan para pelajar
terhadap RUU Akta 355 telah dipengaruhi oleh pendapat ahli politik yang disokong. Dapatan
ini didapati tidak selaras dengan dapatan kajian oleh Jefri Khairil dan Hasnizam Hashim
(2019) menjelaskan bahawa kefahaman terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 akan
cenderung untuk mempunyai persepsi yang positif. Namun hal ini tidak berlaku, sebaliknya
faktor agama agama dan kaum yang mendasari pandangan politik yang disokong lebih kuat
mempengaruhi persepsi para pelajar. Hanya faktor jantina tidak menunjukkan perbezaan
terhadap persepsi Rang Undang-Undang Akta 355. Dapatan ini menyokong dapatan kajian
berkenaan persepsi pelajar UIAM terhadap RUU Akta 355 telah dijalankan oleh Jefri Khairil
dan Muhamad Fuzi (2019) yang mendapati tiga faktor yang mempengaruhi responden dalam
memahami RUU Akta 355 iaitu faktor agama, politik dan pengetahuan.
Dicadangkan agar penjelasan yang lebih terperinci tentang RUU Akta 355 diberikan
kepada ahli politik yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Hal ini kerana para pelajar
didapati lebih terpengaruh oleh pendapat ahli politik berbanding kefahaman dalam aspek
undang-undang.
RUJUKAN
Ahmad Suhael Adnan. (2017). Islamofobia Punca Tak Sokong RUU 355. 11 Mac 2017
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/03/258794/islamofobia-punca-tak-
sokong-ruu-355 [14 Julai 2021].
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). (2016). Kajian Persepsi Mahasiswa
Muslim Terhadap Pindaan Akta 355.
https://www.facebook.com/GamisMalaysia/photos/pcb.837096959764674/8370949964
315[4 Julai 2021]
Jasri Jamal dan Hasnizam Hasyim. (2017). Transformasi Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Di Malaysia: Penilaian Semula Terhadap Hukuman Takzir. Jurnal Kanun. 26(1): 38-71
Jefri Khairil Zabri dan Muhammad Fuzi Bin Omar. (2019). Perception of People Towards
RUU355: A Study On IIUM Students. Muallim Journal of Social Science and
Humanities. 3(1): 14-32
Mohamed Azam Mohamed Adli. (2020). Adakah RUU 355 Bercanggah Dengan
Perlembagaan? https://bebasnews.my/?p=41099 [14 Julai 2021]
Mohd Sabree. (2018). Akta 355 Dan Perkembangan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam
Perkara Jenayah Di Malaysia. Journal Law & Governance. 1(1): 77-90
Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee. 2018. Autoriti Agama di Malaysia.
nKedudukan dan Kritikan. International Journal of Islamic Thought. 14(Dec): 72-85
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 719

