Page 734 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 734
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jawapan sangat setuju (40.0%). Nilai min ialah 3.83 menunjukkan responden setuju dengan
item ini. Responden memilih sangat setuju bahawa peruntukkan Akta 355 pada masa kini
adalah tidak memadai dan perlu ditingkatkan. Hal ini selaras dengan pandangan daripada
Mohd Sabree (2018) yang menyatakan bahawa hukuman maksima yang terdapat dalam
Akta 355 seolah-olah tidak mampu membendung jenayah yang berlaku pada masa kini.
Ianya juga disokong oleh Maisarah Sheikh Rahim (2020) dengan menyatakan bahawa kes
yang difailkan di Mahkamah Syariah menunjukkan peningkatan yang tetap melebihi 100,000
kes bagi setiap lima tahun iaitu dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.
Item nombor 2, “Pindaan Akta RUU 355 bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan” telah mencatat nilai min 2.57 iaitu responden tidak setuju dengan item ini.
Responden yang memilih jawapan sangat tidak setuju (20.0%). Bagaimanapun, sebilangan
besar responden memilih jawapan tidak setuju bagi item ini dengan catatan peratusan
sebanyak 40.0%. Bagi jawapan tidak pasti sebanyak 14.3% dan sangat setuju pula 11.4%.
Data menunjukkan bahawa sebilangan besar responden memilih jawapan tidak setuju. Item
nombor 3, “Pindaan Akta RUU 355 akan menyebabkan konflik bidang kuasa antara
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil” telah mencatatkan nilai min yang sederhana iaitu
2.77 yang bermaksud responden tidak setuju dengan item ini. Bagi item ini responden yang
memilih tidak setuju dengan item ini pula merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak 31.4%.
Manakala sebanyak 22.9% responden yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
Namun, secara keseluruhan sebilangan besar responden tidak bersetuju, kerana Mahkamah
Syariah hanya berbidang kuasa dalam membicarakan orang Islam berdasarkan kepada
Jadual Kesembilan, Senarai Negeri Butiran 1 Perlembagaan Persekutuan.
Item nombor 4, “Pindaan Akta RUU 355 akan menjejaskan ekonomi dan pelaburan
asing” telah mencatat nilai min yang sederhana iaitu 2.86 yang bermaksud responden tidak
setuju dengan item ini. Data kajian menapati pilihan jawapan tidak pasti sebanyak 31.4%
adalah yang terbesar. Jika dilihat kepada jawapan responden, kebanyakannya memilih
jawapan tidak pasti dan sangat tidak setuju. Hal ini mungkin kerana pindaan Akta 355 tidak
melibatkan sebarang perubahan dasar ekonomi kepada negara. Kenyataan berkenaan RUU
Akta 355 akan menjejaskan ekonomi dan memberi kesan kepada pelabur asing (G25 2017)
adalah tidak berasas dan sangkaan semata-mata.
Item nombor 5, “Pindaan Akta RUU 355 akan mengurangkan kadar jenayah Syariah”
menunjukkan nilai min yang tercatat adalah tinggi iaitu 3.94 yang bermaksud responden setuju
dengan item ini. Berdasarkan data kajian, pilihan jawapan sangat setuju adalah tertinggi
(42.9%). Hal ini kerana Akta 355 pada masa kini tidak dapat membendung jenayah yang
meningkat saban tahun (Mohd Sabree 2018). Item nombor 6, “Pindaan Akta RUU 355
melibatkan hukuman terhadap orang Islam sahaja” telah mecatatkan nilai min yang tinggi
iaitu 4.11 yang bermaksud responden sangat setuju terhadap item ini. Kebanyakan responden
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 713

