Page 732 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 732
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ujian-t dan Anova Sehala). Skor
min yang diperoleh daripada instrumen soal selidik adalah berdasarkan Nunnaly dan
Bernsteinm (1994) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Jadual Tahap dan Julat Bacaan Skor Min
1.00-2.00 2.01-3.00 3.01-4.00 4.01-5.00
Rendah Sederhana rendah Sederhana Tinggi Tinggi
(Tidak Bersetuju) (Bersetuju)
(Sumber: Nunnaly dan Bernsteinm 1994)
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi empat soalan kajian iaitu;
1. Sejauhmanakah persepsi para pelajar FUU terhadap Rang Undang-Undang Akta 355?
2. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan jantina?
3. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan penganut agama Islam dan bukan Islam?
4. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan bangsa?
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 orang yang terdiri 19 lelaki
(54.3%) dan 16 perempuan (45.7%). Sebahagian besar responden terdiri daripada penganut
agama Islam iaitu seramai 19 responden (54.3%) dan 16 responden (45.7%) bukan beragama
Islam. Responden juga terdiri daripada Melayu, Cina, India. Responden dari kaum Melayu
adalah paling ramai iaitu seramai 19 orang (54.3%), diikuti kaum India 9 orang (25.7%) dan
Cina (20.0%). Responden terdiri daripada empat kumpulan iaitu Tahun 1 seramai dua orang
(5.7%), tahun 2 seramai 11 orang (31.4%), Tahun 3 seramai 14 responden (40.0%) dan tahun
4 seramai 8 orang (22.9%).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 711

