Page 16 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 16
Peraturan-peraturan Am guru.
1 Permit Mengajar/Buku Pendaftaran Guru
a.Semua guru dikehendaki mengambil Permit Mengajar
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
b.Guru-guru yang telah berkhidmat lebih daripada 5 tahun
dinasihati supaya membuat Pendaftaran Guru (Buku Biru).
2 Pakaian Guru Semasa Bertugas
Semua guru dikehendaki mematuhi arahan pakaian semasa
bertugas mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985.
3 Waktu Rasmi Persekolahan
a.Waktu rasmi persekolahan adalah dari jam 7.30 pagi hingga 2.30
petang.
b.Semua guru dikehendaki sentiasa berada di dalam kawasan
sekolah pada waktu sekolah.
4 Kehadiran Guru
a.Semua guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya
10 minit sebelum pelajaran pertama dimulakan.
b.Sebaik sahaja tiba di sekolah, semua guru dikehendaki
memasukkan kehadiran sendiri atau menandatangani Buku Rekod
Kehadiran Guru jika sistem menghadapi masalah. Langkah yang
sama dilakukan apabila tamat waktu persekolahan.
c.Kehadiran dalam Perhimpunan Mingguan di Dewan Sri Karyawan
adalah WAJIB. SM
d.Guru Bertugas dikehendaki hadir mengawasi perhimpunan
harian. buku pengurusan
e.Kehadiran guru untuk kelas-kelas latih
tubi/pemantapan/pemulihan mengikut jadual yang ditetapkan dan SJ
kehadiran dalam aktiviti rasmi sekolah adalah WAJIB. 2 0 2 2
jee2043/www.sainsjohor.com

