Page 18 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 18
Peraturan-peraturan Am guru.
7 Aplikasi Pangkalan Kehadiran Murid ( APDM )
a.Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengisi APDM.
Tanggungjawab ini TIDAK BOLEH diturunkan kepada pelajar.
b.Guru-guru tingkatan perlu mendapat bukti tentang sebab
pelajar tidak hadir ke sekolah misalnya, sijil sakit daripada doktor
atau surat daripada ibu bapa/penjaga yang sah.
c.Guru-guru Tingkatan dikehendaki menghantar surat kepada ibu
bapa atau penjaga (melalui sekolah) jika didapati seseorang pelajar
itu tidak hadir dengan menggunakan borang / surat yang
disediakan.
d.APDM hendaklah ditutup dan dicetak pada setiap akhir bulan oleh
guru kelas ke 2.
8 Taklimat Guru
a.Semua guru diwajibkan menghadiri taklimat yang diberikan oleh
Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM /
Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
b.Pengumuman untuk pengetahuan guru hendaklah dibuat dalam
majlis taklimat ini oleh Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Bertugas. Oleh itu,
guru-guru yang ingin membuat pengumuman hendaklah
memberikan maklumat lebih awal.
9 Mesyuarat Guru
a.Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru. Sekiranya
seseorang guru itu tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab yang
tidak dapat dielakkan, guru hendaklah memberitahu Pengetua SM
secara bertulis sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu
diadakan.
b.Guru-guru juga wajib menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang buku pengurusan
dipanggil oleh Ketua-ketua Unit / Bahagian / Panitia Mata Pelajaran
/ Setiausaha Sukan dan sebagainya. SJ
2
2
0
2
c.Guru-guru mestilah berpakaian kerja ketika menghadiri semua
mesyuarat guru.
jee2043/www.sainsjohor.com

