Page 21 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 21
Peraturan-peraturan Am guru.
16 Keselamatan Pelajar
a.Semua guru yang mengajar sama ada di dalam bilik kelas, di
makmal, di bilik-bilik khas, di padang atau di mana-mana sahaja,
bertanggungjawab atas keselamatan pelajar-pelajar di bawah
jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan
mengawal dengan rapi setiap gerak-geri pelajar supaya tidak
berlaku kemalangan atau kecederaan.
b.Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera dan melaporkannya kepada Guru
Bertugas.
c.Pengetua hendaklah diberitahu dengan segera sekiranya ada
berlaku kemalangan/kecederaan terhadap pelajar atau guru.
d.Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Panitia/Unit
bertanggungjawab mengadakan langkah-langkah keselamatan,
peraturan atau tatacara keselamatan bagi bahagian masing-
masing.
17 Penggunaan Telefon, Faksimile & E-Mel Sekolah
a.Telefon, faksimile dan e-mel hanya boleh digunakan untuk urusan
pentadbiran sekolah sahaja. Kakitangan sekolah tidak digalakkan
menggunakan telefon, faksimile dan e-mel sekolah untuk urusan
peribadi. SM
b.Kebenaran Pengetua mesti diperoleh untuk penggunaannya.
c.Sekiranya mendapat kebenaran Pengetua, panggilan jauh buku pengurusan
hendaklah dibuat melalui operator.
0
2
2
2
d.Setiap panggilan direkodkan dalam Buku Panggilan SJ
Telefon/Faksimile/E-mel.
jee2043/www.sainsjohor.com

