Page 20 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 20

Peraturan-peraturan Am guru.


         13 Fail-fail Sekolah
         a.Apabila guru-guru menerima surat yang telah diminitkan untuk
         tindakan, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
         mengikut arahan dalam jangka masa yang diberikan.
         b.Sila tandatangani Edaran Fail semasa menerima surat
         berkenaan.

         14  Melaksanakan Arahan / Tugas
         a.Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya
         membawa pelajar bagi mewakili sekolah untuk sesuatu aktiviti
         atau menghadiri mesyuarat bagi pihak sekolah atau diarahkan
         untuk mengarahkan pelajar-pelajar melaksanakan sesuatu, maka
         tugas itu hendaklah dilaksanakan sendiri. Pihak yang ditugaskan
         itu tidak boleh mengarahkan orang lain melaksanakannya tanpa
         pengetahuan / kebenaran Pengetua.
         b.Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada
         orang lain kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan
         disetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua haruslah
         diberitahu terlebih dahulu secara bertulis.
         c.Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri tidak
         boleh diserahkan kepada pelajar-pelajar misalnya, mengawas
         kegiatan kokurikulum, mengisi Daftar Kedatangan Pelajar,
         memegang kunci bilik-bilik khas sekolah dan sebagainya.

         15  Penggunaan Alat-alat / Harta Benda Sekolah
         a.Guru-guru bertangungjawab menjaga alat-alat atau harta
         benda sekolah dan menggunakannya dengan betul serta
         mengikut peraturan-peraturan tertentu.                                                                 SM
         b.Dapatkan kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab
         mengenainya dan semua pinjaman/penggunaan mestilah
         direkodkan.                                                                                           buku pengurusan
         c.Barang-barang yang dipinjamkan mestilah dipulangkan dengan
         segera setelah digunakan.                                                                                  SJ
                                                                                                                              2
                                                                                                                         2
                                                                                                                           0
                                                                                                                                2
         d.Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan
         segera.
                                                    jee2043/www.sainsjohor.com
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25