Page 34 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 34

Seni Bahasa

                                                 Kepentingan Nilai Budi




                                                            AKTIVITI
                          1.  Berikan maksud rangkai kata nilai toleransi dalam masyarakat.
                          2.  Jelaskan tiga ciri pemimpin masa hadapan berdasarkan teks yang diberikan.
                          3.  Sebagai remaja, berikan pendapat anda tentang kepentingan nilai budi bagi
           T                 seseorang pemimpin.
           E
           M
           A        Remaja hari ini merupakan generasi pemimpin masa hadapan. Untuk
                    memilih pemimpin masa hadapan bukanlah mudah dan perlu dilakukan
          18        dengan teliti, bak kata pepatah, “jikalau mengangin jangan tumpah
                    padinya”. Bakal pemimpin masa hadapan perlu mempunyai nilai
                    etika dan integriti yang tinggi. Dalam hal ini, aspek budaya seperti
                    sikap saling menghormati sememangnya tidak boleh diketepikan.
                    Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin masa
                    hadapan? Terdapat tiga ciri yang perlu ada pada pemimpin masa
                    hadapan, iaitu budi bahasa, budi pekerti, dan budi bicara.
                       Pertamanya, budi bahasa yang tinggi dapat menggambarkan perihal seseorang pemimpin
                    yang tahu menjaga tutur katanya. Kata-kata yang dilafazkan dapat menggambarkan
                                           pemikiran seseorang pemimpin. Pemimpin yang berbudi bahasa
                                           sentiasa dipandang tinggi oleh anggota masyarakat.
                                               Keduanya, budi pekerti, iaitu perihal pekerti seseorang, sifat,
                                           dan perwatakan yang ditunjukkan melalui tingkah laku yang sopan
                                           ataupun sebaliknya. Pemimpin yang disanjung ialah pemimpin yang
                                           mempunyai sifat atau pekerti yang dikagumi. Pemimpin seperti ini
                                           sangat dihormati dan senang didampingi oleh orang ramai.
                                               Ketiganya, budi bicara pula merupakan pertimbangan yang
                                           berasaskan akal fikiran dengan mengambil kira nilai toleransi
                                           dalam masyarakat. Nilai budi bicara ini penting untuk mengikis
                    sikap mementingkan diri sendiri dalam diri individu. Pemimpin yang memiliki nilai budi
                    bicara senang menerima pandangan masyarakat dan
                    bersikap terbuka.
                       Kesimpulannya, pemimpin masa hadapan merupakan
                    pemimpin harapan negara. Mereka perlu mengamalkan
                    ketiga-tiga nilai budi ini agar kepemimpinan mereka
                    dapat mencapai aspirasi dan wawasan negara.







                    214             4.1.1
                    214
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39