Page 35 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 35

Tatabahasa



                                                                       Janji Dikota
                               AKTIVITI
                        1.  Berdasarkan bahan,          Nor Musliha diminta menyampaikan ucapan
                           analisis kesalahan bahasa.   manifestonya. Beliau merupakan calon ketua
                        2.  Nyatakan kepentingan        pengawas di sekolahnya.
                           ucapan manifesto
                           kepada seseorang bakal                                                               T
                                                                                                                E
                           pemimpin.                Terima kasih saudari pengerusi majlis. Salam sejahtera      M
                                                    dan selamat pagi saya ucapkan kepada puan natipah binti     A
                                                    mohd. hussin, selaku pengetua sekolah, puan cindy yong,
                                                    selaku guru kanan penolong, guru-guru dan warga murid      18
                                                    sekalian yang saya kasihi.
                                                        Berdirinya saya pada pagi yang ceria ini adalah
                                                    untuk menyampai ucapan manifesto saya sebagai calon
                                                    ketua pengawas pada sesi kali ini. Warga Sekolah
                                                    Menengah Kebangsaan Taman Lakaran Ilmu, izinkan
                                                    saya merungkaikan manifesto yang menjadi gagasan dan
                                                    pegangan saya sebagai pemimpin di sekolah ini.
                                                        Ya! Sesungguhnya saya akan memikul tanggungjawab
                                                    dengan penuh amanah dan adil. Saya juga akan
                                                    memastikan kebajikan rakan-rakan murid terbela. Tetapi
                                                    saya memerlukan sokongan padu daripada rakan semua.
                                                    Mengapa kita perlu bersatu hati? Kita perlu bersatu hati
                                                    demi naikkan nama sekolah kita. Suasana aman dan
                                                    harmoni kita akan wujudkan.
                                                        Saya akan mengadakan tabung amal kepada murid
                                                    yang memerlukan. Saya akan pastikan pihak sekolah
                            PERKASA ILMU            membenarkan murid-murid meminjam lebih dari lima

                                                    buah buku sehari. Semasa waktu rehat murid-murid
                    Manifesto ialah pengisytiharan atau   dibenarkan berada di dalam kelas untuk mengulang kaji.
                    pengumuman kepada orang ramai
                    tentang dasar (polisi, tujuan) sesuatu   Para murid-murid dibenarkan memakai kemeja-T sekolah
                    parti politik, persatuan, dan lain-lain.  pada hari Isnin.
                                                        Nah! Apa yang ditunggu lagi. Kerjasama dan
                                                    sokongan rakan semua perlu bermula dari saat ini. Kerana
                          Huraikan pendapat anda    sokongan padu daripada rakan semua mampu merealisasi
                          tentang usaha-usaha yang   gagasan saya ini.
                          perlu dilakukan oleh          Akhir kata, jangan pilih saya kalau tidak mahu
                          seseorang pemimpin bagi   manifesto ini menjadi realiti. Sekian, terima kasih.
                          menambat hati rakyat.



                                                                                                    215
                         5.6.1                                                                      215
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40