Page 38 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 38

TEMA 5: JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

                     Membaca: Cari maksud perkataan – muka surat 56

                     1.  berbudaya  –  mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju
                     2.  tokoh       –  bersinonim dengan orang kenamaan (dalam apa-apa bidang seperti politik,
                                        kebudayaan, agama, dan lain-lain); orang yang terkemuka, terkenal, pakar,
                                        ahli
                     3.  kraf tangan  –  perusahaan (kerja, seni, dan sebagainya) yang memerlukan daya cipta dan
                                        kemahiran menggunakan tangan
                     4.  tempatan    –  sesuatu yang berkaitan dengan tempat tertentu, di tempat itu sendiri
                     5.  tradisional  –  berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi (diamalkan turun-temurun)
                     6.  warisan     –  harta peninggalan; harta pusaka; sesuatu yang diwarisi
                     7.  aneka       –  berbagai-bagai, berjenis-jenis
                     8.  renyah      –  leceh, rumit, susah
                     9.  keunikan    –  sesuatu yang eksklusif: karya reka yang lebih halus, indah, dan mempunyai
                                        keistimewaan tersendiri
                     10. destinasi   –  tempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu
                                        (surat, barang, dan lain-lain yang dikirim)



                     TEMA 5: JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

                     Aktiviti: Edit kesalahan ejaan dan tanda bacaan dalam bahan – muka surat 57

                                               Kesalahan Ejaan dan Tanda Baca
                                           Salah                              Betul

                             1.       kabarnya                       khabarnya
                             2.       pehak                          pihak
                             3.       digengam                       digenggam
                             4.       mengangukkan                   menganggukkan

                             5.       ibubapa                        ibu bapa
                             6.       pasokan                        pasukan
                             7.       melody                         melodi
                             8.       pra kelayakan                  prakelayakan
                             9.       dwi  tahunan                   dwitahunan

                             10.      terngiang giang                terngiang-ngiang
                             11.      “Tahniah, Burhan, kamu         “Tahniah Burhan, kamu
                                      memang juara                   memang juara!
                             12.      “Baiklah cikgu”                “Baiklah cikgu,”




                    218
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43