Page 40 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 40

TEMA 10: PELANCONGAN
                     Aktiviti: Analisis tatabahasa dan betulkan kesalahan yang terdapat dalam petikan – muka surat 117


                     BINTULU – Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo Bintulu, Sarawak, berlangsung daripada
                     23 – 27 September. Festival ini adalah festival yang kesebelas. Festival ini telah diberi penambahbaikan
                     supaya menjadikannya satu upacara yang paling berprestij sekali.
                          “Festival layang-layang kali ini kita jangkakan tercatat dalam The Malaysia Book of Records bagi
                     The Longest Arch Kite Tunnel. Program ini dijangka dapat menarik perhatian pengunjung dari dalam dan
                     luar negara,” katanya pada sidang media di sini petang semalam.
                          Beliau percaya bahawa festival layang-layang dalam kalendar pelancongan ini dapat membantu
                     mempromosikannya pada mata dunia. Festival ini dapat menggalakkan lebih ramai orang daripada luar
                     Bintulu datang berkunjung ke sini.
                          “Festival ini mendapat pengiktirafan serta sokongan peserta antarabangsa. Pada setiap tahun terdapat
                     penambahan peserta. Hal ini memberikan harapan untuk penganjur bagi menjadikannya sebagai sukan
                     layang-layang amat terbesar di rantau Pasifik,” ujar beliau lagi.
                          Perasmian dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 27 September, jam 9.30 pagi.
                     Tujuan perasmian ini ialah untuk menarik perhatian ramai tentang festival ini. Majlis yang diadakan di
                     lapangan terbang lama Bintulu ini akan dihadiri oleh orang kenamaan negeri Sarawak.
                     Jawapan:

                     1.  daripada - dari                      6.  daripada – dari
                     2.  adalah – ialah                       7.  untuk – kepada
                     3.  supaya – untuk                       8.  amat terbesar – terbesar
                     4.  paling berprestij sekali – paling berprestij  9.  ialah – adalah
                     5.  pada – di                            10.  jam 9:30 pagi – pukul 9:30 pagi



                     TEMA 11: SEJARAH DAN WARISAN

                     Aktiviti:   Jelaskan maksud kosa kata dan ungkapan menarik dalam teks – muka surat 124

                     1.  diisytiharkan   –  memberitahukan; mengumumkan; memaklumkan kepada orang ramai
                     2.  seni bina      –  hal yang berkaitan dengan pembinaan sesebuah bangunan (penyediaan reka
                                           bentuk, penyeliaan pembinaan bangunan, dan sebagainya)
                     3.  busana         –  pakaian yang lengkap lagi indah buatannya
                     4.  tak lapuk dek   –   adat yang tidak berubah-ubah; kekal
                         hujan, tak lekang
                         dek panas
                     5.  adat istiadat   –  berbagai-bagai adat dan kebiasaan; majlis rasmi untuk menyambut sesuatu
                                           peristiwa (seperti pertabalan, perkahwinan, dan sebagainya)
                     6.  rambang mata    –  tidak tahu yang mana satu yang hendak dipilih (kerana banyak pilihan)
                     7.  aneka makanan  –  berbagai-bagai jenis makanan atau juadah
                     8.  keaslian rasa   –  rasa yang tulen dan semula jadi tanpa menggunakan bahan tiruan
                     9.  menambat selera  –  memikat atau menarik atau menawan keinginan untuk makan
                     10.  sarat         –  terlalu banyak berisi sesuatu sehingga penuh atau berat
                     11.  elemen        –  salah satu daripada unsur
                     12.  menelusuri    –  menjejaki sesuatu peristiwa, cerita, dan sebagainya




                    220
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45