Page 14 - Nota Sains Tahun 4
P. 14
UNIT 9 ; BUMI DAN ANGKASA
-BUMI
9.1.1Graviti Bumi
1. Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.
2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang
dinamakan daya tarikan graviti bumi.
3. Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada
pada semua objek.
4. Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu
memakai pakaian khas dan menggunakan peralatan khas untuk urusan harian
supaya objek di sekelilingnya tidak terapung.
9.1.2 Daya Tarikan Graviti Bumi
1. Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
2. Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
3. Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya
tarikan graviti bumi.

