Page 16 - Nota Sains Tahun 4
P. 16

9.2.2  Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

            1.  Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
            2.  Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
            3.  Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
            4.  Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.


        ##Buku Teks ms 160: Putaran dan Peredaran Bumi

        9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada Paksinya

            1.  Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
                   1.  Kejadian siang dan malam
                          1.  Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
                          2.  Bahagian  bumi  yang  terlindung  daripada  cahaya  Matahari  akan
                              mengalami malam.
           2.  Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan terbenam
               di Barat
           3.  Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
   11   12   13   14   15   16   17   18   19