Page 17 - Nota Sains Tahun 4
P. 17
UNIT 10: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
- MESIN
10.1.1 Tuas
1. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
1. Beban ialah berat sesuatu jasad.
2. Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai
pengimbang atau penyokong.
3. Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan
kesan.
3. Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.
4. Contoh aplikasi tuas:
1. Menyapu sampah
2. Mencabut paku
3. Menyepit ais

