Page 18 - Nota Sains Tahun 4
P. 18
10.1.2 Hubung Kait Beban, Fulkrum dan Daya
1. Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan untuk
mengangkat objek.
2. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:
1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
3. Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan
untuk mengangkat beban.
4. Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang diperlukan
untuk mengangkat beban.
10.2.1 Mesin Ringkas
1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah
dan cepat.
2. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
3. Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
4. Jenis-Jenis mesin ringkas:
1. Roda dan gandar - alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada
sebatang rod yang dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
2. Tuas - alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum
untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek. Contohnya, pada
penyapu.
3. Skru - alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas
sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatkan atau mengetatkan
dua bahagian objek. Contohnya, pada botol dan penutupnya.
4. Gear - alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi.
Contohnya, pada jam.
5. Takal - alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali
melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban.
Contohnya, bidai.

