Page 100 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 100
2.1.4 Peranan Kerajaan dari
Aspek Ekonomi
(a) Inflasi
RM Celik Kewangan
Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang
dan perkhidmatan secara berterusan. Keadaan ini berlaku
disebab kan oleh berlaku situasi seperti peningkatan permintaan
barang atau perkhidmatan berbanding dengan jumlah barang CONTOH Bab 2
atau perkhidmatan yang terhad dalam pasaran.
Selain itu, inflasi boleh berlaku disebabkan oleh kenaikan
kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikenali sebagai
inflasi tolakan kos.
• Pengguna bijak menghadapi
Bagi mengatasi masalah inflasi, kerajaan memainkan kenaikan kos sara hidup
peranan mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. dengan memastikan
perancangan kewangan dibuat
Kerajaan juga turut berperanan memastikan kebajikan pengguna secara teratur dan terperinci.
atau pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara. Hal ini penting • Hal ini disebabkan oleh kos
bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan sara hidup semasa sukar
harga barang dan perkhidmatan. dijangka kerana bergantung
pada pelbagai faktor dari
dalam negara dan luar negara.
EMK
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
1 Kenal pasti tahun dan punca
berlaku inflasi di Malaysia.
2 Jelaskan cara terbaik bagi
mengawal inflasi yang wujud
agar tidak menjejaskan
perniagaan dan pengguna
di Malaysia.
Gambar foto 2.11 Jualan barang keperluan harian
Kerajaan juga turut berperanan dalam menangani masalah
kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan pendapatan
boleh guna menurun.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 83
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 83 11/7/16 1:43 PM

