Page 99 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 99
(a) Cara Mengatasi Pengangguran
Buletin Keusahawanan
Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB atau HRDF)
Bab 2 Antara peranan Pembangunan
Sumber Manusia Berhad
(HRDF) adalah seperti berikut:
• untuk menilai dan
menentukan jenis-jenis,
takat latihan dan latihan Gambar foto 2.10 Temu duga pekerjaan
semula pekerja selaras dengan (i) Pengangguran Bermusim
keperluan-keperluan sumber
manusia bagi industri-industri Bagi mengatasi pengangguran bermusim, kerajaan boleh memberi
• untuk menggalakkan dan insentif kepada pihak perniagaan supaya pengurusan sesebuah
meningkatkan latihan perniagaan membenarkan pekerja terus bekerja. Contoh insentif
tenaga manusia
• menentukan terma-terma yang boleh diberikan oleh kerajaan ialah pengecualian cukai atas
dan syarat-syarat yang di pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu
bawahnya apa-apa bantuan tempoh masa tertentu.
kewangan atau pemberian
yang hendak diberikan (ii) Pengangguran Teknologi
Bagi mengatasi masalah pengangguran teknologi, penggunaan
mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu
sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh. Selain
itu, maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan
dikongsi dengan semua tenaga buruh.
(iii) Pengangguran Kitaran
EMK Bagi mengatasi pengangguran kitaran, tindakan kerajaan yang
sesuai ialah menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan
Arahan:
Bincang dalam kumpulan. dalam mengekang kemelesetan ekonomi. Dengan itu, aktiviti
perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan
Soalan:
Apakah penambahbaikan yang pekerja dapat dikurangkan.
boleh dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam mengatasi (iv) Pengangguran Struktur
masalah pengangguran pada Bagi mengatasi pengangguran struktur, kerajaan boleh membuat
masa ini? Jelaskan pendapat anda.
perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi
dan perniagaan. Maka, setiap perubahan boleh dihadapi dengan
lebih mampan kerana persiapan telah dibuat terutama dalam
keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan
semasa. Kerajaan perlu peka tentang perubahan global yang boleh
mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa
pendek dan jangka masa panjang.
82 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 82 11/7/16 1:43 PM

