Page 125 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 125

(a) Analisis Faktor Dalaman


                                             Analisis faktor dalaman ialah penilaian secara terperinci tentang
                     Cintai Negara           kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah organisasi perniagaan.
                                             Antara faktor dalaman yang boleh dianalisis dan dinilai ialah
                 Pada 2 Oktober 2002, jemaah   struktur organisasi, budaya kerja, sumber kewangan, kecekapan
                 menteri telah meluluskan Dasar   pengeluaran, kualiti pengeluaran dan sumber manusia.
                 Alam Sekitar Negara bertujuan
                 meneruskan kemajuan, sosial dan   (i) Kekuatan
                 budaya serta peningkatan kualiti
          Bab 2  hidup rakyat Malaysia menerusi   Kekuatan ialah keupayaan dan kemampuan yang dimiliki  oleh
                 kesejahteraan alam sekitar dan
                 pembangunan lestari.
                                             yang popular, paten, hubungan baik dengan pelanggan, sumber
                  (Sumber: Dipetik dan disesuaikan   perniagaan untuk bersaing. Contoh kekuatan ialah jenama
                        daripada laman sesawang    kewangan yang kukuh dan lain-lain.
                         http://www.doe.gov.my)
                                             (ii) Kelemahan

                                             Kelemahan ialah kekurangan yang wujud dari aspek sumber
                                             tenaga, kepakaran dan bahan mentah. Jenama yang belum dikenali
                                             serta pekerja kurang berkemahiran juga boleh menghalang
                                             perniagaan mencapai prestasi yang baik.

                                             (b) Analisis Faktor Luaran

                     EMK                     Analisis faktor luaran ialah penilaian berkaitan dengan peluang
                 Arahan:                     dan ancaman yang wujud di persekitaran luaran perniagaan.
                 Bincangkan dalam kumpulan.  Faktor-faktor luaran yang boleh dinilai adalah seperti pelanggan,
                                             persaingan, trend pasaran, pembekal, keadaan ekonomi, sosial,
                 Soalan:
                 Jelaskan kaedah menjadikan   teknologi, politik dan perundangan.
                 faktor luaran sebagai sumber
                 idea dalam memaksimumkan    (i) Peluang
                 keuntungan perniagaan.
                                             Peluang ialah kelebihan yang diperoleh kesan daripada perubahan
                                             yang berlaku dalam persekitaran luaran perniagaan. Contohnya,
                                             kewujudan teknologi baharu dan perubahan cita rasa pelanggan.


                                             (ii) Ancaman
                                             Ancaman pula ialah sesuatu perubahan daripada persekitaran
                                             luaran perniagaan yang boleh membantutkan perkembangan
                                             perniagaan.  Contohnya,  muncul  barang  atau  perkhidmatan
                                             pengganti daripada pesaing dan perubahan undang-undang yang
                                             ditetapkan oleh kerajaan.



                Pilih satu perniagaan yang terdapat di tempat tinggal anda. Kenal pasti peluang dan ancaman yang wujud
                dan dihadapi oleh perniagaan tersebut. Kemudian, jelaskan cara yang boleh digunakan oleh perniagaan bagi
                menggunakan peluang yang wujud agar dapat memajukan perniagaan yang sedang dijalankan. Seterusnya, berikan
                cadangan terbaik menghadapi ancaman yang wujud bagi memastikan perniagaan dapat berdaya saing dalam pasaran.

              108   BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   108                                                      11/7/16   1:43 PM
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130