Page 130 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 130
Contoh
Minda Kreatif
Syarikat besar luar negara menjalankan dasar lambakan untuk
mengeluarkan perniagaan bersaiz kecil daripada pasaran. Dasar Terangkan peranan kerajaan
lambakan merupakan strategi perniagaan menjual produk dengan dalam memastikan setiap
harga di bawah kos. Hal ini bermakna syarikat besar luar negara perniagaan dijalankan secara adil
menjalankan aktiviti dalam keadaan kerugian dalam jangka dalam pasaran.
masa pendek. Tujuan syarikat ini adalah untuk menyingkirkan
perniagaan kecil dalam pasaran dalam jangka masa pendek. Dalam
jangka panjang, syarikat besar luar negara akan menaikkan harga
Bab 2
produk setelah perniagaan kecil tidak ada lagi dalam pasaran.
(c) Melindungi Hak Semua Pihak di
Dalam Perniagaan
Bagi mengelakkan berlakunya unsur peniruan dan mengambil
hak cipta perniagaan daripada perniagaan lain, pihak kerajaan Istilah Perniagaan
telah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi
melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain Paten (patent)
Satu hak eksklusif yang
tanpa mendapat kebenaran. Akta Hak Cipta 1987 digubal bagi dianugerahkan oleh pihak
tujuan memberi perlindungan terhadap karya-karya sastera, kerajaan untuk suatu reka cipta
muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Perlanggaran hak baharu, iaitu satu produk atau
cipta berlaku apabila perniagaan lain mengambil hak cipta tanpa satu proses. Perlindungan Paten
mendapat kebenaran seperti menjual, mengeluarkan, memiliki adalah selama 20 tahun dari
tarikh pemfailan.
dan menyalin bagi tujuan perniagaan.
Contoh
Syarikat Filem A telah menyalin semula filem yang dikeluarkan
oleh Syarikat Filem B bertujuan untuk disiarkan dalam Youtube
supaya mendapat keuntungan. Dengan itu, Syarikat Filem A telah
melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang
melalui Akta Hak Cipta 1987.
Cari maklumat tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kemudian jelaskan perkara yang berikut:
1 peranan MyIPO.
2 kebaikan MyIPO kepada perniagaan dan pengguna.
3 kandungan yang termaktub dalam undang-undang:
(a) Akta Paten 1983
(b) Akta Cap Dagangan 1976
(c) Akta Hak Cipta 1987
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 113
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 113 11/7/16 1:43 PM

