Page 128 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 128

2.4.2  Kesan Perubahan dari                                      EMK
                             Aspek Trend                                      Arahan:

                                                                              Bincangkan dalam kumpulan.
                 Kesan perubahan dari aspek trend meliputi kesan terhadap guna
                 tenaga, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.                  Soalan:
                                                                              Berdasarkan keadaan
                                                                              ekonomi negara dan dunia
                 (a) Guna Tenaga                                              pada masa ini, jelaskan kesan
                                                                              perubahan ekonomi kepada
                 Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan   persekitaran perniagaan.
                 ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.                                           Bab 2
                 Guna tenaga penuh ialah kadar pengangguran sumber tenaga
                 pekerja  berada  pada  paras  empat  peratus  (4%)  atau  kurang.
                 Pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan
                 dan kehendak dalam kehidupan dan menyebabkan wujudnya
                 perkembangan perniagaan.

                     Bagi pihak kerajaan, sumber pendapatan negara diperoleh
                 daripada pelbagai sumber seperti cukai yang dikenakan atas
                 keuntungan sesebuah perniagaan dan pendapatan penduduk.

                     Jika trend penurunan dalam guna tenaga berlaku, hal ini
                 bermakna kadar pengangguran akan meningkat.


                 (b) Pendapatan
                                                                               RM  Celik Kewangan
                 Pendapatan  persendirian  ialah  jumlah nilai pendapatan yang
                 diterima  oleh  individu  dalam  satu  jangka  masa  tertentu,   Setiap individu perlu berani
                 biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan   mencari sumber pendapatan
                                                                              tambahan dan tidak hanya
                 produktif  atau  tidak  produktif. Pendapatan boleh guna yang   bergantung pada sumber
                 meningkat akan merancakkan pertumbuhan ekonomi.              pendapatan sedia ada.


                 (c) Pertumbuhan Ekonomi

                 Trend pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang
                 memberi kesan positif kepada perniagaan. Kerajaan berperanan
                 memperkukuh tahap pertumbuhan ekonomi negara melalui
                 pelaksanaan dasar tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan.

                 2.4.3  Kesan Perubahan dari

                             Aspek Undang-undang

                 Undang-undang yang telah diluluskan kerajaan berkaitan dengan
                 pelbagai  isu  perlu  dipatuhi  oleh  semua  pihak  yang  terlibat
                 dalam perniagaan.



                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  111






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   111                                                      11/7/16   1:43 PM
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133