Page 129 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 129

Kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang adalah
                                             seperti yang berikut:


                                             (a)  Melindungi Perniagaan daripada
                                                  Sebarang Penipuan

                                             Dari semasa ke semasa kerajaan akan menggubal dan meminda
                                             undang-undang berkaitan dengan perniagaan untuk melindungi
                                             sesebuah organisasi perniagaan daripada unsur penipuan. Akta
          Bab 2                              Kontrak 1950 memberi peruntukan dalam aspek perundangan
                                             berkaitan dengan elemen-elemen kontrak yang wujud supaya

                        QR Code              pihak-pihak perniagaan yang terlibat dapat mematuhi elemen
                                             kontrak yang telah dipersetujui.
                     Akta Persaingan 2010
                     http://www.mycc.gov.my      Peruntukan Akta Kontrak 1950 menetapkan bahawa setiap
                                             perjanjian perlu wujud konsep balasan atas pihak yang mem buat
                                             kontrak. Balasan merupakan faedah yang diperoleh semua pihak
                                             yang menjalankan urus niaga. Jika sesuatu pihak gagal mendapat
                                             balasan, hal ini menyebabkan sesuatu kontrak batal.

                                              Contoh

                                               Puan Nor Bahijah bersetuju untuk menjual sebuah rumah teres
                                               dengan harga  sebanyak RM300,000 kepada Encik Ismat. Penjual
                                               rumah perlu menyerahkan rumah teres tersebut kepada pembeli
                                               setelah Encik Ismat menyelesaikan semua pembayaran sebanyak
                                               RM300,000. Selagi pembayaran tidak diselesaikan sepenuhnya,
                                               penjual tidak perlu menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli
                                               untuk mengelakkan berlaku sebarang penipuan dalam urus niaga.





                                             (b)  Mewujudkan Sistem Perniagaan
                     EMK                          secara Adil

                 Arahan:                     Setiap organisasi  perniagaan tidak  boleh  lari  daripada  unsur
                 1  Bentukkan kelas kepada
                    kumpulan kecil.          persaingan yang wujud dalam pasaran. Oleh itu, persaingan untuk
                 2  Jalankan proses atau aktiviti   mendapatkan pembeli antara perniagaan akan wujud. Peruntukan
                    sumbang saran.           undang-undang membolehkan sesebuah perniagaan mendapat
                 3  Bincangkan dalam kumpulan.  hak dalam menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mendapat hak

                 Soalan:                     persaingan yang sihat.
                 Jelaskan kaedah mewujudkan
                 sistem perniagaan yang adil      Akta Persaingan 2010 memberi peruntukan kepada sesebuah
                 dan saksama dalam sesebuah   perniagaan bersaing secara adil serta mengelakkan daripada
                 organisasi perniagaan.      terlibat dalam perjanjian persaingan termasuk penyalahgunaan
                                             kedudukan dominan sesebuah perniagaan dalam pasaran.




              112   BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   112                                                      11/7/16   1:43 PM
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134