Page 138 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 138

3.1      Maksud Visi, Misi dan

                            Objektif Perniagaan



                 Setiap perniagaan mempunyai visi, misi dan objektif (VMO)
                 tersendiri  yang  selari  dengan  jenis  perniagaan  yang  sedang   Minda Kreatif
                 dijalankan. Visi, misi dan objektif perniagaan yang ditetapkan
                 akan menjadi pemacu kepada pencapaian dan kesinambungan      Jelaskan kelebihan pembentukan
                                                                              visi, misi dan objektif sesebuah
                 sesebuah organisasi perniagaan.                              organisasi perniagaan.

                     Visi, misi dan objektif perniagaan merupakan jenis
                 perancangan yang digunakan oleh organisasi perniagaan dalam
                 mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, visi,
                 misi dan objektif perniagaan dijadikan sebagai panduan dalam
                 pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan
                 dan tindakan yang diambil. Visi, misi dan objektif perniagaan
                                                                                                               Bab 3
                 merupakan asas pembentukan strategi perniagaan.





                                                                      •   Merupakan penetapan perancangan
                                                                       melibatkan fokus dan perancangan
                                                                       jangka masa panjang
                                                                      •   Menjadi panduan untuk membuat
                                                                       keputusan dan tindakan bagi
                                                                       memastikan hala tuju perniagaan
                                                                       berada di landasan yang tepat





                                                                      •   Merupakan satu pernyataan ringkas
                                                                         yang menjelaskan tujuan atau
                                                                         matlamat utama sesebuah perniagaan
                                                                      •   Dibentuk menjadi satu ketetapan
                                                                       dalam melakukan aktiviti perniagaan
                                                                       untuk mencapai matlamat





                                                                      •   Merupakan pembentukan maklumat
                                                                       yang lebih khusus
                                                                      •   Sasaran boleh diukur bagi membantu
                                                                       pencapaian tujuan organisasi



                                             Rajah 3.1  Maksud visi, misi dan objektif
                 (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Pengurusan Strategik Konsep dan Kes, Edisi Ketiga, Pearson: Petaling Jaya)
                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  123






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   123                                                       11/7/16   1:47 PM
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143