Page 140 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 140

3.2.2  Organisasi Bukan
                             Bermotifkan Untung

                             (OBBU)

                 Organisasi bukan bermotifkan untung pula ialah  perniagaan
                 yang mempunyai objektif berorientasi kepada kebajikan
                 ahli,  masyarakat  dan  memberikan  perkhidmatan  kepada
                 orang ramai. Perniagaan ini berbentuk persatuan, pertubuhan,
                 yayasan, kelab, angkatan dan kesatuan. Dalam aspek pendaftaran,
                 organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) perlu didaftarkan        QR Code
                 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau
                                                                                   Jabatan Pendaftaran
                 Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).                       Pertubuhan Malaysia (ROS)
                     Pembentukan visi, misi dan objektif OBBU tertumpu kepada      http://www.ros.gov.my
                 kepentingan orang ramai termasuklah penyediaan perkhidmatan
                 yang cekap dan berkualiti kepada ahli. Walaupun visi, misi dan
                 objektif OBBU berbeza dengan OBU tetapi pada masa ini, OBBU
                 telah menerapkan budaya kerja korporat dalam pengurusan                                       Bab 3
                 organisasi  supaya visi, misi  dan objektif  boleh dicapai dengan
                 cekap dan berkesan.




                                                                                     QR Code
                                                                                    Pejabat Pendaftar
                                                                                  Pertubuhan Belia (ROY)
                                                                                   http://roy.kbs.gov.my







                                                                                  Cintai Negara
                           Gambar foto 3.1  Organisasi bukan bermotifkan untung
                                                                              Setiap perniagaan atau individu
                     Begitu juga visi, misi dan objektif sektor awam berbeza   perlu sentiasa membantu
                 daripada sektor swasta, tetapi pada masa sekarang kerajaan telah   organisasi bukan bermotifkan
                 menerapkan budaya korporat dalam pengurusan supaya visi, misi   untung agar usaha membantu
                                                                              masyarakat atau golongan
                 dan objektif dapat dicapai. Pengamalan budaya korporat dalam   yang memerlukan dapat terus
                 pengurusan milikan kerajaan membolehkan sumber digunakan     dilaksanakan dengan baik dan
                 dengan cekap.                                                berkesan secara berterusan.






                  Jelaskan perbezaan antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung dari aspek
                  peranan dan kepentingannya.

                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  125






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   125                                                       11/7/16   1:47 PM
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145