Page 136 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 136

3









                 BAB






                 PENETAPAN VISI, MISI




                 DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN








                 Organisasi perniagaan memerlukan visi, misi dan objektif perniagaan untuk memudahkan pengurusan.
                 Visi, misi dan objektif dijadikan panduan kepada perniagaan dalam menentukan hala tuju sebarang aktiviti
                 perniagaan yang akan dijalankan.
                    Untuk pengetahuan anda, penetapan visi, misi dan objektif bukan sahaja bagi organisasi perniagaan tetapi
                 melibatkan organisasi bukan perniagaan supaya dijadikan panduan dalam sebarang keputusan dan tindakan.
                    Dalam bab ini, anda akan mengetahui maksud, ciri, tujuan dan faktor penetapan visi, misi dan objektif
                 sesebuah perniagaan.



                   KATA KUNCI
                   •  Visi                    •  Objektif
                   •  Misi                    •  Matlamat








                 Standard Pembelajaran



                 Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
                 1  menyatakan maksud dan menulis visi, misi dan objektif perniagaan
                 2  membandingkan visi, misi dan objektif beberapa perniagaan yang berbeza
                 3  menjelaskan ciri-ciri objektif sesuatu perniagaan
                 4  menghuraikan tujuan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan sebagai panduan perniagaan
                 5  menghasilkan visi, misi dan objektif bagi perniagaan tertentu
                 6  menerangkan kesan kepada perniagaan akibat kegagalan mencapai matlamat dan objektif
                 7  menjelaskan faktor lain yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan
                 8  menilai pencapaian visi, misi dan objektif bagi sesebuah perniagaan


                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  121






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   121                                                       11/7/16   1:47 PM
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141