Page 139 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 139
3.2 Perbandingan Visi,
Misi dan Objektif
Beberapa Perniagaan
yang Berbeza
Penentuan pernyataan visi, misi dan objektif perniagaan adalah
berbeza antara satu sama lain. Visi, misi dan objektif perniagaan
ditetapkan bersesuaian dengan aspek perniagaan, iaitu organisasi
bermotifkan untung, organisasi bukan bermotifkan untung dan
pertubuhan sukarela.
3.2.1 Organisasi Bermotifkan
Untung (OBU)
Bab 3 EMK Organisasi bermotifkan untung ialah perniagaan yang
Arahan: mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan
Layari laman sesawang Khazanah supaya dapat memuaskan kehendak pemilik perniagaan.
Nasional dan bentangkan
kajian anda dalam kelas dengan Organisasi bermotifkan untung didaftarkan di bawah Pendaftar
menggunakan teknologi terkini. Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Soalan:
Apakah visi, misi dan Organisasi bermotifkan untung terdiri daripada entiti perniagaan
objektif Khazanah Nasional? milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi.
Bagaimanakah visi, misi Entiti perniagaan yang berbeza tertakluk pada undang-undang
dan objektif Khazanah perniagaan yang berbeza.
Nasional dibentuk?
Contoh
Organisasi bermotifkan untung
QR Code
Felda Global Ventures (FGV)
Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my
Kebanyakan visi, misi dan objektif bagi organisasi yang
berteraskan sektor swasta menjurus kepada matlamat yang sama,
iaitu bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.
124 BAB 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 124 11/7/16 1:47 PM

