Page 154 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 154

3.5.3  Memaksimumkan
                             Keuntungan


                 Memaksimumkan keuntungan adalah matlamat utama sesebuah
                 organiasi perniagaan. Memaksimumkan keuntungan bermaksud      RM  Celik Kewangan
                 perniagaan mendapat keuntungan yang tertinggi hasil daripada
                 penggunaan sumber perniagaan termasuk bahan mentah, modal,   Perniagaan perlu mencari
                                                                              pembekal yang menawarkan harga
                 modal insan, teknologi dan keusahawanan yang cekap.          bahan bekalan yang termurah
                     Konsep kecekapan ialah kemampuan memaksimumkan           dengan kualiti terbaik.
                 hasil dengan meminimumkan kos. Perbezaan yang wujud antara
                 memaksimumkan hasil dengan meminimumkan kos akan dapat
                 memberikan keuntungan yang tertinggi kepada perniagaan.





                                                                                                               Bab 3
                                                                                   EMK

                                                                              Arahan:
                                                                              1  Bentukkan beberapa
                                                                                 kumpulan kecil dalam kelas.
                                                                              2  Lakukan sesi sumbang saran.
                                                                              3  Bentangkan hasil sumbang
                                                                                 saran dalam kelas.
                                                                              Soalan:
                                                                              Jelaskan kaedah yang boleh
                                                                              digunakan oleh peniaga
                                                                              bagi memastikan setiap
                                                                              aktiviti yang dilakukan dapat
                                                                              memaksimumkan keuntungan
                                Gambar foto 3.5  Kecekapan perniagaan         sesebuah perniagaan.

                     Untung diperoleh apabila terdapat lebihan dalam hasil setelah
                 jumlah hasil ditolak jumlah kos. Keuntungan akan digunakan sebagai
                 modal pusingan untuk meneruskan operasi dalam perniagaan.
                 Untung dapat dimaksimumkan melalui pengurangan dalam kos
                 pengeluaran ke tahap paling minimum.

                 Formula mendapat untung ialah:                                    Cintai Negara
                                                                               Setiap keuntungan yang
                             Untung = Jumlah hasil – Jumlah kos                diperoleh perniagaan perlu
                                                                               dinikmati secara bersama oleh
                     Jumlah hasil jualan boleh dihitung berdasarkan jumlah     masyarakat melalui pelaksanaan
                 kuantiti didarabkan dengan harga produk sementara jumlah kos   tanggungjawab sosial korporat
                 diperoleh dengan mencampurkan kos tetap dengan kos berubah.   (CSR) kepada masyarakat.
                 Jika nilainya positif, maka perniagaan akan mendapat untung.
                 Sebaliknya, jika nilainya negatif, perniagaan mengalami kerugian.

                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  139






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   139                                                       11/7/16   1:47 PM
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159