Page 158 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 158

Pengurusan atasan lazimnya dikenali sebagai ketua pegawai
                 eksekutif, pengarah urusan dan pengurus besar. Golongan ini akan   Minda Kreatif
                 mengetuai operasi sesebuah organisasi perniagaan. Pengurusan
                 pertengahan mengetuai bahagian yang terdapat dalam sesebuah   Jelaskan peranan pengurusan
                                                                              atasan bagi memastikan
                 organisasi  perniagaan seperti  pengurus  pemasaran,  pengurus   pengurusan bawahan dapat
                 pengeluaran, pengurus kewangan dan pengurus sumber manusia.   melaksanakan tugas yang
                 Pengurusan bawahan pula mengetuai unit yang terdapat dalam   diamanahkan dengan baik,
                 sesebuah bahagian seperti penyelia jualan.                   berkesan dan sempurna.

                     Rajah peringkat pengurusan berdasarkan carta organisasi
                 ditunjukkan dalam Rajah 3.12 yang berikut:



                     Pengurusan                             Ketua Pegawai Eksekutif
                       Atasan



                     Pengurusan            Pengurus               Pengurus              Pengurus
                     Pertengahan           Pemasaran             Kewangan              Pengeluaran             Bab 3


                     Pengurusan          Penyelia Jualan                              Penyelia Bahan
                      Bawahan                                  Penyelia Audit


                                                Rajah 3.12  Peringkat pengurusan

                     Berdasarkan Rajah 3.12, terdapat tiga peringkat pengurusan
                 utama dalam sesebuah organisasi, iaitu pengurusan atasan yang
                 dikenali sebagai ketua pegawai eksekutif, pengurusan pertengahan
                 terdiri daripada pengurus pemasaran, pengurus kewangan dan
                 pengurus  pengeluaran  manakala  pengurusan  bawahan terdiri
                 daripada penyelia jualan, penyelia audit dan penyelia bahan.

                 (c) Teknologi

                                                                               RM  Celik Kewangan
                 Faktor teknologi telah memainkan peranan yang sangat penting
                 dalam memberikan sumbangan kepada dunia perniagaan dari
                 aspek pertumbuhan, keuntungan dan mengekalkan kedudukan
                 perniagaan dalam pasaran. Teknologi maklumat dan komunikasi
                 telah menyebabkan lahirnya era perdagangan yang berkonsepkan
                 Internet seperti e-perdagangan, e-perniagaan, e-kerajaan dan
                 e-pemasaran.Teknologi membolehkan perniagaan menghasilkan
                 barang dan perkhidmatan dengan cepat, cekap dan berkualiti.
                                                                              Bagi memperoleh untung
                     Namun, penggunaan sesuatu teknologi terutama teknologi   yang tinggi melalui penjanaan
                                                                              jualan, peniaga harus
                 terkini memerlukan pelaburan yang besar. Kelebihan teknologi   memastikan kadar kenaikan kos
                 membolehkan sesebuah perniagaan mendapat kelebihan dalam     operasi tidak melebihi kadar
                 aspek perniagaan. Hal ini seterusnya membolehkan perniagaan   peningkatan jualan.
                 terus beroperasi dalam jangka masa panjang.
                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  143






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   143                                                       11/7/16   1:47 PM
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163