Page 159 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 159

Cintai Negara

                 Setiap teknologi yang digunakan
                 perlu memberi manfaat kepada
                 semua pihak termasuk organisasi
                 perniagaan, alam sekitar,
                 masyarakat dan negara.

                                                              Gambar foto 3.9  Teknologi komputer


          Bab 3                              3.5.5  Syer Pasaran

                                             Syer pasaran merujuk pada bahagian atau peratus penguasaan
                                             jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan
                                             yang  dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran
                                             berbanding dengan pesaing. Setiap organisasi perniagaan akan
                     Minda Kreatif
                                             berusaha untuk meningkatkan syer pasaran masing-masing dalam
                 Kenal pasti barang atau     sesuatu pasaran.
                 perkhidmatan yang merupakan
                 pemimpin dalam pasaran serta      Perniagaan yang berjaya menguasai syer pasaran yang
                 jumlah pesaingnya.          terbesar akan memperoleh pendapatan yang tinggi hasil daripada
                                             jualan. Perniagaan yang menguasai syer pasaran terbesar,
                                             lazimnya akan menjadi pemimpin dalam pasaran. Semua
                                             tindakan pemasaran akan diikuti oleh pesaing yang lain, malah
                                             perniagaan tersebut boleh mempengaruhi tindakan pesaing lain.
                                             Keadaan ini membolehkan perniagaan tersebut terus kekal dan
                                             meraih keuntungan yang besar.

                Contoh
                                              Rajah di sebelah menggambarkan kadar peratusan syer pasaran
                                              yang wujud bagi perniagaan yang berkaitan dengan kasut sukan
                                              di negeri Sabah. Perniagaan Maju Sukan telah berjaya menguasai
                                Perniagaan    sebahagian syer pasaran bagi perniagaan berkaitan dengan kasut
                                    A         sukan di negeri Sabah dengan syer pasaran sebanyak 60 peratus.
                    Perniagaan    (35%)       Hal ini bermakna, Perniagaan Maju Sukan mendapat sebanyak
                   Maju Sukan                 60 peratus daripada keseluruhan pengguna kasut sukan yang ada
                      (60%)     Perniagaan    di negeri Sabah.
                                    B         Perniagaan A pula telah berjaya menguasai syer pasaran sebanyak
                                   (15%)      35 peratus, manakala Perniagaan B telah berjaya menguasai 15
                                              peratus syer pasaran.


              144   BAB 3   Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   144                                                       11/7/16   1:47 PM
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164