Page 190 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 190
4.1 Bahagian-bahagian
Fungsian Utama
dalam Organisasi
Perniagaan
Bahagian fungsian merupakan sebahagian atau rantaian
dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab Minda Kreatif
dan fungsi secara khusus atau spesifik. Bahagian fungsian Lukis satu contoh carta organisasi
melibatkan pelbagai peringkat pengurusan seperti pentadbiran, kelab atau persatuan di sekolah
pengurusan sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat anda. Jelaskan fungsi setiap
dan komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan (R&D), bahagian yang terdapat dalam
pembelian, pengeluaran, pemasaran, pengagihan, perkhidmatan carta organisasi tersebut.
pelanggan dan jualan.
Semua aktiviti perniagaan yang dijalankan perlu mempunyai
fungsi-fungsi tertentu untuk memastikan perniagaan tersebut
berjalan dengan lancar. Fungsi-fungsi ini juga akan membantu
mencapai tujuan dan objektif perniagaan. Dalam organisasi yang
besar, pekerja diletakkan mengikut kepakaran yang berbeza.
4.1.1 Struktur organisasi
Dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan, terdapat struktur
organisasi perniagaan. Struktur organisasi perniagaan merupakan EMK Bab 4
susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang Arahan:
terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan untuk mencapai Bentangkan dalam kelas.
visi, misi dan objektif (VMO) perniagaan yang telah ditetapkan. Soalan:
Tujuan struktur organisasi ini dibahagikan mengikut Jelaskan kepentingan struktur
organisasi kepada perniagaan.
bahagian fungsian supaya setiap anggota dalam bahagian fungsian
itu mengetahui dengan jelas tentang tanggungjawab, kedudukan,
dan spesifikasi tugas. Dalam setiap bahagian fungsian ini akan
diketuai oleh seorang pengurus.
Dalam setiap bahagian, terdapat carta organisasi yang
berfungsi menunjukkan struktur organisasi yang wujud. Carta
organisasi merujuk pada struktur organisasi yang dipamerkan
dalam bentuk hierarki. Carta organisasi menunjukkan fungsi
jabatan atau unit utama yang terdapat dalam sesebuah organisasi.
Cari carta organisasi kelas anda. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan carta organisasi tersebut. Berikan
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap carta organisasi tersebut.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 175
Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 175 11/7/16 1:48 PM

