Page 191 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 191

Minda Kreatif                                 Ketua Eksekutif

                 Murid dikehendaki mereka
                 bentuk satu carta organisasi bagi
                 sebuah perniagaan.              Pengurus             Pengurus            Pengurus
                                                 Pemasaran           Pengeluaran          Kewangan


                                               Penyelia jualan      Penyelia kilang     Penyelia akaun

                                                                Rajah 4.1  Carta organisasi


                                             Carta organisasi menggambarkan beberapa aspek penting seperti
                                             yang berikut:


                                             (a) Pembahagian kerja
                     EMK
                 Arahan:                     Pembahagian kerja ialah pengagihan tugas dan tanggungjawab
                 Bentangkan dalam kelas.     yang perlu dilakukan dalam perniagaan. Pengagihan tugas adalah
                                             berdasarkan tahap jawatan yang dipegang. Contohnya, bahagian
                 Soalan:
                 Berpandukan carta organisasi   pengurusan dalam perniagaan bertanggungjawab untuk membuat
                 sekolah bincangkan tugas setiap   perancangan dan pengawalan manakala bahagian operasi  pula
                 bahagian dalam carta tersebut.  bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah dirancang.


                                             (b)  Hubungan antara ketua dengan
          Bab 4                              Hubungan antara ketua dengan pekerja menunjukkan bahawa
                                                  pekerja

                                             ketua mempunyai kuasa mengarah kepada pekerja di bawahnya.
                                             Pekerja pula perlu melaksanakan tugas yang telah diarahkan dan
                                             melaporkan kepada ketua.

                                             (c) Jenis tugas
                     Cintai Negara
                                             Jenis tugas yang dijalankan oleh pekerja adalah berkaitan dengan
                 Setiap tugas dan tanggungjawab
                 yang diamanahkan perlu dipikul   tugas dan tanggung jawab yang diberikan oleh ketua. Tugas dan
                 dengan baik tanpa sebarang   tanggungjawab yang dijalankan juga bergan tung pada jawatan
                 penipuan atau penyelewangan.  yang disandang dalam carta organisasi.


                                             (d) Hierarki pengurusan

                                             Tahap pengurusan mempunyai tiga peringkat, iaitu pengurusan
                                             atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.
                                             Pengurusan atasan sesebuah perniagaan akan bertanggungjawab
                                             pada  keseluruhan  operasi  organisasi, pengurusan  pertengahan
                                             bertanggungjawab pada bahagian masing-masing dan pengurusan
                                             bawahan bertanggungjawab pada unit masing-masing.
              176   BAB 4  Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   176                                                       11/7/16   1:48 PM
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196