Page 220 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 220
(iv) e-banking
e-banking merupakan suatu sistem urusan perniagaan yang
melibatkan perbankan dengan menggunakan urusan dalam
talian (online) dengan pihak bank. Faedah yang diperoleh ialah
urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos
seperti membayar bil, membuat pelaburan, menyemak baki
akaun dan urusan keluar masuk duit.
(v) Penggunaan laman sosial
Pihak perniagaan boleh membuat perkongsian urusan perniagaan
dengan pelanggan melalui laman sosial. Manfaat yang diperoleh Gambar foto 4.18 Aktiviti
dengan menggunakan kemudahan laman sosial adalah seperti jual beli secara dalam talian
dapat mengiklankan barang atau perkhidmatan, meluaskan
rangkaian rakan perniagaan, mencari pelanggan baharu dan
mengekalkan pelanggan sedia ada.
Contoh
Laman sosial EMK
Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
Jelaskan kelebihan dan
kekurangan penggunaan
media sosial sebagai platform
Bab 4
menjalankan perniagaan.
Cintai Negara
(vi) Penggunaan e-mel Setiap individu atau perniagaan
perlu menggunakan kemudahan
Perniagaan boleh menggunakan mel elektronik untuk berurusan media sosial secara berhemah.
dengan perniagaan-perniagaan lain dan pelanggan dalam pasaran. Setiap perselisihan atau
Melalui kemudahan e-mel pada masa ini, pihak perniagaan boleh ketidakpuasan hati perlu dibuat
menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak pelanggan melalui saluran yang betul.
dengan cepat dan menjimatkan kos perniagaan.
Jelaskan cara memaksimumkan dan memanfaatkan perkembangan teknologi seperti media sosial dalam
meningkatkan daya saing dan keuntungan perniagaan. Kemudian, berikan cadangan bagi mengatasi masalah yang
wujud akibat penyalahgunaan media sosial dalam aspek perniagaan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 205
Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 205 11/7/16 1:48 PM

