Page 222 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 222

(iii) menjalin kerjasama strategik
                 Interaksi dengan organisasi luar juga bertujuan untuk meningkatkan
                 jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan lain yang
                 berpotensi untuk menjalinkan kerjasama strategik.

                 (iv) menambahkan sumber perniagaan

                 Interaksi dengan organisasi luar akan membolehkan perniagaan
                 menambahkan potensi sumber perniagaan seperti pembekalan         EMK
                 bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran.
                                                                              Arahan:
                                                                              Bentangkan dalam kelas.
                 (c)  Hubungan dan Interaksi dengan                           Soalan:
                      Organisasi Luar                                         Jelaskan teknik berinteraksi yang
                                                                              baik, efektif dan efisien dalam
                 (i) Interaksi dengan pembekal                                urusan perniagaan.

                 Interaksi berlaku apabila perniagaan membuat tempahan atau
                 membuat pembelian dengan pihak pembekal. Pihak peniaga akan
                 menghubungi pembekal untuk menetapkan jumlah tempahan
                 dan jumlah pembayaran yang perlu dibuat.

                     Interaksi yang baik dan berkesan akan memudahkan proses
                 urus niaga. Hal ini seterusnya memberi pelbagai kelebihan
                 kepada peniaga termasuk mendapat harga yang murah dan
                 penghantaran yang cepat dan berkualiti.
                                                                                                               Bab 4

                                                                               RM  Celik Kewangan
                                                                              Setiap perniagaan perlu bijak
                                                                              memilih sumber bekalan
                                                                              dengan memilih pembekal
                                                                              yang menawarkan kualiti
                                                                              terbaik dengan harga yang
                                                                              paling kompetitif. Hal ini bukan
                                                                              sahaja membantu perniagaan
                                                                              meningkatkan keuntungan tetapi
                                                                              turut membantu mengukuhkan
                                                                              reputasi perniagaan ke tahap
                                                                              terbaik dalam kalangan pelanggan
                                                                              sedia ada dan baharu.
                              Gambar foto 4.19  Perbincangan tempahan stok

                 (ii) Interaksi dengan pelanggan

                 Interaksi akan berlaku apabila sesebuah perniagaan menjalankan
                 urus niaga dengan menjual barang atau perkhidmatan kepada
                 pelanggan. Kebiasaannya, pelanggan akan menghubungi peniaga
                 sekiranya berminat untuk membeli barang atau perkhidmatan
                 yang ditawarkan.
                                                 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan  BAB 4  207






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   207                                                       11/7/16   1:48 PM
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227