Page 223 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 223
Pada masa yang sama, peniaga juga turut menghubungi dan
EMK mendekati pelanggan bagi mempengaruhi mereka untuk membeli
barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.
Arahan:
1 Bentukkan kelas kepada
beberapa kumpulan kecil.
2 Lakukan proses atau aktiviti
sumbang saran.
3 Buat rumusan hasil daripada
sumbang saran kepada kelas.
Soalan:
Jelaskan teknik terbaik yang
dapat mempengaruhi pelanggan
untuk menerima atau membeli
barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan.
Gambar foto 4.20 Penerangan produk
(iii) Interaksi dengan bank
Minda Kreatif Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan bantuan
pembiayaan kewangan daripada pihak bank. Kebiasaannya, pihak
Jelaskan bagaimana bank dapat bank akan meneliti kemampuan sesebuah perniagaan untuk
membantu sesebuah perniagaan. berdaya saing dalam pasaran dan membayar balik pinjaman.
Bab 4
RM Celik Kewangan
Pemilihan jenis pinjaman
perniagaan perlu dibuat dengan
teliti dan bijak dengan membuat
kajian dan perbandingan dari
semua aspek termasuk kadar
faedah dan tempoh pinjaman.
Gambar foto 4.21 Pengeluaran wang
(iv) Interaksi dengan agensi kerajaan
Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan sesuatu
kelulusan daripada pihak kerajaan. Selain itu, urusan tender juga
akan mewujudkan interaksi antara peniaga dengan pihak kerajaan.
208 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 208 11/7/16 1:48 PM

