Page 230 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 230

4.6      Interaksi dan

                            Perkaitan antara

                            Bahagian Fungsian

                            dalam Dua

                            Perniagaan Berlainan



                 Bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi
                 perniagaan adalah berbeza antara satu sama lain mengikut
                 saiz perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, setiap      EMK
                 bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi perniagaan perlu   Arahan:
                 berinteraksi dengan bahagian fungsian perniagaan yang lain bagi   Bentangkan dalam kumpulan.
                 melancarkan aktiviti perniagaan.
                                                                              Soalan:
                                                                              Dengan memberikan contoh dua
                 4.6.1   Interaksi antara                                     jenis perniagaan berbeza, jelaskan
                                                                              perbezaan antara bahagian
                             Perniagaan                                       fungsian serta perkaitan yang
                                                                              wujud dalam dua jenis
                 Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan   perniagaan tersebut.
                 kecil dan perniagaan besar.

                 (a) Perniagaan Kecil


                 Perniagaan kecil mempunyai bahagian-bahagian fungsian yang    RM  Celik Kewangan              Bab 4
                 sedikit. Setiap bahagian fungsian ini akan berinteraksi secara
                 formal dan tidak formal. Staf yang terlibat dalam bidang jualan   Pengguna perlu bijak mengambil
                                                                              setiap peluang yang ditawarkan
                 mengetahui pelanggan yang manakah yang membayar bil mereka   oleh perniagaan.
                 serta merta dan yang manakah masih berhutang. Pengurus
                 mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf. Pertanyaan
                 daripada pelanggan dapat diselesaikan dengan segera.


                 (b) Perniagaan Besar

                 Perniagaan besar mempunyai banyak bahagian fungsian dan
                 mempunyai lebih ramai staf. Proses komunikasi menjadi lebih       Minda Kreatif
                 panjang dan mengambil masa yang lama. Hubungan komunikasi
                 yang baik antara pengurus dengan pekerja dalam setiap bahagian   Jelaskan peranan perniagaan
                 fungsian adalah sangat penting.                              besar dalam membantu
                                                                              perkembangan perniagaan kecil.
                     Perniagaan memerlukan maklumat dan sokongan daripada
                 bahagian-bahagian fungsian yang berkaitan  supaya perniagaan
                 tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan. Interaksi
                 bahagian fungsian antara perniagaan kecil dengan perniagaan
                 besar ditunjukkan dalam Jadual 4.1 seperti yang berikut:
                                                 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan  BAB 4  215






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   215                                                       11/7/16   1:48 PM
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235