Page 227 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 227
4.5.3 Aliran Barang
dan Perkhidmatan
Aliran barang dan perkhidmatan merujuk pada suatu proses
pemindahan barang atau perkhidmatan daripada sesebuah
perniagaan kepada perniagaan yang lain. Tujuan aliran barang
dan perkhidmatan adalah untuk memudahkan dan melancarkan
proses pemindahan barang mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh sesebuah organisasi perniagaan.
Peta -THINK
Jadual pengeluaran
Wujudkan katalog dan Penerimaan yang dipersetujui
diedarkan (Bahagian pesanan daripada
fungsian pemasaran dan pengguna (Bahagian (Bahagian fungsian Jualan
bahagian fungsian jualan) fungsian jualan) dan bahagian fungsian
pengeluaran)
Pesanan bahan mentah Penerimaan invois pembekal
(Bahagian fungsian dan pembayaran (Bahagian
pembelian) fungsian kewangan)
Bab 4 dan pengedaran (Bahagian Penghantaran invois kepada
Pengeluaran item barang
pembeli dan penerimaan
pengeluaran dan bahagian bayaran (Bahagian fungsian
fungsian pengagihan) kewangan)
Rajah 4.11 Aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan
(a) Wujudkan Katalog dan Diedarkan
EMK
(Bahagian fungsian pemasaran dan
Arahan:
Bincangkan dalam kelas. bahagian fungsian jualan)
Soalan: Bahagian pemasaran perlu membuat katalog yang mengandungi
Jelaskan kepentingan aliran maklumat yang berkaitan dengan jenis barang atau perkhidmatan
barang dan perkhidmatan kepada
sesebuah organisasi perniagaan. dan harga yang ditawarkan. Katalog hendaklah diedarkan kepada
pihak pengguna yang disasarkan dan berkemampuan membeli.
Contoh
Katalog yang mengandungi senarai peralatan sukan dan harga setiap
jenis peralatan sukan diedarkan kepada semua badan-badan sukan
dan sekolah.
212 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 212 11/7/16 1:48 PM

