Page 233 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 233

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4

                                                    Main Peranan
               Tugasan: Menjelaskan tujuan dan peranan setiap bahagian fungsian utama
               Langkah-langkah:
               Sebelum P&P
               1  Guru memilih murid untuk memegang jawatan pengurus besar dan pengurus bagi setiap
                  bahagian fungsian.
               2  Murid diminta untuk menyediakan skrip bagi menjelaskan tujuan bahagian fungsian dan
                  peranan pengurus bahagian tersebut semasa mesyuarat.
               Semasa P&P
               1  Bilik darjah telah disusun seperti sebuah bilik mesyuarat.
               2  Pengurus besar akan menjadi pengerusi mesyuarat dan meminta setiap pengurus bahagian
                  membentangkan tujuan dan peranan
               3  Pengurus bagi setiap bahagian boleh bertanya soalan kepada pengurus bahagian yang lain.
               4  Setelah selesai mesyuarat, murid yang lain diminta membuat ulasan dan rumusan.









               Refleksi

                1  Terangkan mengapakah perniagaan yang besar memerlukan banyak bahagian fungsian?
                2  Kenal pasti  enam bidang fungsian atau jabatan-jabatan yang terdapat dalam kebanyakan
                  organisasi perniagaan.
                3  Kenal pasti perbezaan antara fungsian penjualan dengan fungsian pemasaran.
                4  Apakah peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah perniagaan?
                5  Mengapakah aliran maklumat antara bidang fungsian adalah penting?








               Rumusan

               Semua organisasi perniagaan mempunyai bahagian fungsian tertentu untuk memastikan perniagaan
               berjalan lancar. Setiap fungsian menjalankan peranan masing-masing untuk mencapai tujuan atau
               objektif perniagaan.
               Fungsian utama dalam sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada jualan, pengeluaran,
               pembelian, pentadbiran, pengurusan pelanggan, pengagihan, kewangan,  pengurusan sumber
               manusia, penyelidikan dan pembangunan, teknologi maklumat dan komunikasi dan pemasaran.
               Selain itu, dalam sesebuah organisasi perniagaan, tiada bidang fungsian yang boleh bekerja secara
               berasingan. Setiap fungsian perlu berinteraksi  antara satu  bidang fungsian dengan  satu  bidang
               fungsian yang lain. Bagi memudahkan interaksi ini berjalan dengan lancar, penggunaan teknologi
               maklumat amat diperlukan.


              218   BAB 4  Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   218                                                       11/7/16   1:48 PM
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238