Page 238 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 238

KERTAS KERJA





                 PROJEK












                 Kertas kerja projek dibentuk bagi tujuan memberi pengalaman dan persediaan awal kepada semua
                 murid berkaitan dunia perniagaan. Aktiviti dan tugasan yang dijalankan dalam kertas kerja projek
                 akan memberi pengetahuan berkaitan dengan perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan
                 sesebuah perniagaan.
                    Dalam bahagian ini, anda akan memperoleh panduan untuk memulakan dan menyediakan
                 kertas kerja projek dengan cara yang betul. Anda juga akan dapat melatih diri dan mengenal pasti
                 keupayaan anda untuk menceburkan diri dalam bidang tertentu mengikut jenis perniagaan yang
                 ingin anda ceburi.
                    Kertas kerja projek yang dijalankan akan membantu melahirkan murid yang lebih berdaya
                 tahan, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, bersemangat waja dan berpengetahuan tinggi. Selain
                 itu, kertas kerja projek ini juga akan membentuk semangat patriotik dan meningkatkan kemahiran
                 komunikasi dalam kalangan murid dengan masyarakat di dalam sekolah dan di luar sekolah.
                    Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan bermatlamat untuk mempersiapkan
                 dan melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengurusan
                 perniagaan di samping menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional
                 serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan malah berani menghadapi apa-apa juga
                 persaingan berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
                 dan negara.
                    Oleh itu, setiap murid perlu menggunakan peluang membuat kertas kerja projek ini sebaik
                 mungkin sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan.







                 Objektif Pembelajaran




                 Selepas menyelesaikan kertas kerja projek ini, murid boleh:
                 1  menghasilkan visi dan misi profil perniagaan yang mengandungi perkara yang berikut:
                    •    latar belakang perniagaan
                    •    matlamat
                    •    objektif
                    •    carta organisasi bahagian fungsian
                 2  menyediakan laporan lengkap kertas kerja projek


                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  225






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   225                                          11/7/16   1:50 PM
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243