Page 29 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 29
Bab 1 Barang
Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.
Cintai Negara
Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong produk keluaran
Malaysia bagi membantu
memperkukuh ekonomi negara
dan usahawan muda.
Gambar foto 1.5 Makanan Gambar foto 1.6 Telefon pintar
Perkhidmatan
Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau
sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman.
Perkhidmatan tiada bentuk fizikal. Pembekal perkhidmatan
boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok.
RM Celik Kewangan
Harga yang ditawarkan oleh
perniagaan perlu kompetitif bagi
memastikan semua peringkat
pengguna berkemampuan
untuk membelinya.
Gambar foto 1.7 Perubatan
Senaraikan barang buatan Malaysia dan barang import yang telah anda gunakan dalam minggu ini. Bandingkan
senarai tersebut dengan rakan anda. Siapakah yang lebih patriotik?
12 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 12 11/7/16 12:14 PM

