Page 240 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 240

Panduan Tugasan

                          Kertas Kerja Projek



                 Pengenalan

                 1  Tugasan kertas kerja projek hendaklah dibuat mengikut
                    panduan yang telah ditetapkan.
                 2  Tajuk tugasan kertas kerja projek akan ditetapkan berdasarkan
                    sesuatu tajuk atau gabungan Bab 1, 2, 3 dan 4 yang terdapat
                    dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
                    (DSKP).

                 3  Tugasan  kertas  kerja  projek  ini  wajib  dilaksanakan  oleh
                    semua murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
                    Perniagaan.
                 4  Tugasan kertas kerja projek ini dilaksanakan secara individu.
                 5  Setiap murid perlu mematuhi sepenuhnya format penulisan
                    tugasan kertas kerja projek yang telah ditetapkan oleh pihak
                    Lembaga Peperiksaan Malaysia.
                 6  Setiap murid perlu peka dan menitikberatkan elemen dan
                    aspek yang dinilai untuk tugasan kertas kerja projek ini. Hal
                    ini bagi memastikan setiap murid dapat memahami dan
                    mencapai matlamat atau tujuan sebenar tugasan kertas kerja
                    projek ini dibuat atau dilaksanakan.
                 7  Selain itu, elemen tatabahasa dan ejaan juga perlu diberi
                    perhatian ketika menyediakan kertas kerja projek.
                 8  Setiap murid perlu merujuk pada guru mata pelajaran
                    Perniagaan masing-masing sekiranya terdapat sebarang
                    masalah atau kekeliruan sebelum atau semasa melaksanakan
                    tugasan kerja projek.

                 (a)  Aspek-aspek yang Perlu Dititik Beratkan Ketika

                      Melaksanakan Tugasan Kertas Kerja Projek

                  •  Memastikan elemen keselamatan diri sentiasa menjadi keutamaan
                  •  Menerapkan elemen kreatif dan inovatif semasa menjalankan kerja projek                    Kertas Kerja Projek Perniagaan
                  •  Menerapkan elemen kekemasan dan ketepatan dalam penyediaan laporan
                  •  Menerapkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan tugasan dan penyediaan laporan
                  •  Mengadaptasikan penggunaan teknologi dan informasi terkini
                  •  Memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut arahan dan format yang telah ditetapkan
                  •  Menggunakan pengetahuan yang diperoleh ketika proses pembelajaran dalam kelas
                  •  Memahami dengan baik kehendak sebenar soalan atau arahan

                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  227






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   227                                          11/7/16   1:50 PM
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245