Page 243 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 243

7  Penilaian tugasan kertas kerja projek ini dilakukan secara
                                                 berterusan dalam tempoh yang ditetapkan.
                                               8  Semua murid wajib melaksanakan dan menyelesaikan setiap
                                                 tugasan kertas kerja projek secara individu.
                                               9  Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil
                                                 kerja akhir calon.
                                             10  Penilaian hasil kerja murid akan dilakukan sepanjang masa
                                                 tugasan kertas kerja projek dilaksanakan.
                                             11  Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah
                                                 tugasan kertas kerja projek disiapkan.
                                             12  Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
                                                 projek yang tulen dan asli.
                                             13  Murid dilarang melakukan perkara seperti memplagiat
                                                 daripada mana-mana bahan tanpa menyatakan sumber
                                                 sebenar bahan tersebut diambil.
                                             14  Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
                                                 projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.



               (d) Contoh Elemen dan Aspek yang Dinilai


                           Elemen                                  Aspek penilaian
                Pengetahuan dan kefahaman     •  Pengenalan perniagaan
                                              •  Profil perniagaan
                Kemahiran mengaplikasi        •  Penetapan visi
                                              •  Penetapan misi
                                              •  Penetapan objektif
                                              •  Carta organisasi bahagian fungsian

                Kemahiran menganalisis        •  Menganalisis dan menilai tahap keberkesanan bahagian fungsian
                                                organisasi perniagaan
          Kertas Kerja Projek Perniagaan
                                              •  Memberikan cadangan untuk menambah baik operasi bahagian
                                                fungsian organisasi perniagaan

                Kemahiran membuat keputusan   Keputusan perniagaan
                Kemahiran teknologi maklumat   Penggunaan komputer dan teknologi komunikasi
                dan komunikasi
                Nilai-nilai murni yang terdapat   •  Jujur dan amanah
                dalam perniagaan              •  Telus dan tekun
                                              •  Berdisiplin dan bekerjasama
                                              •  Terbuka untuk menerima kritikan
                                              •  Bercita-cita tinggi
                                              •  Menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar
                                              •  Menepati dan menghargai masa
                                              •  Berjimat cermat


              230   KERTAS KERJA PROJEK






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   230                                          11/7/16   1:50 PM
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248