Page 242 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 242

6  Persediaan  awal  sangat  penting  bagi  memastikan  setiap  isu
                    atau masalah yang wujud sebelum atau semasa atau selepas
                    tugasan dilaksanakan dapat diatasi dengan bijak dan rasional.

                 (b)  Maklumat Tugasan Kertas Kerja

                      Projek

                 1  Tugasan kertas kerja projek ini memberi peluang kepada
                    murid untuk melalui dan mengalami proses pembelajaran
                    dan pengajaran yang pelbagai.
                 2  Bimbingan akan dibuat oleh guru mata pelajaran Perniagaan
                    masing-masing dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
                    sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
                 3  Hasilan  akhir tugasan kertas kerja projek  akan dijadikan
                    sebahagian daripada penilaian.
                 4  Penilaian tugasan kertas kerja projek adalah bersandarkan
                    darjah atau tahap penguasaan murid dalam beberapa elemen
                    dan beberapa kriteria lain yang akan dimaklumkan oleh guru.
                 5  Pendedahan dan penguasaan kefahaman oleh semua murid
                    tentang keseluruhan proses perniagaan yang wujud dalam
                    jenis perniagaan yang dikaji akan diterjemahkan melalui
                    penghasilan tugasan kerja projek yang diintegrasikan dengan
                    menggunakan komputer.
                 6  Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada
                    kriteria tertentu mengikut piawaian yang akan ditetapkan.


                 (c) Maklumat Am

                   1  Tugasan kertas kerja projek ini dicadangkan untuk
                     dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu.
                   2  Pembahagian tempoh pelaksanaan tugasan kertas kerja
                     projek adalah seperti yang berikut:
                     (a)  penyiapan projek         : 8 minggu
                     (b)  pengurusan dan penilaian   : 2 minggu
                   3  Contoh Jadual Pelaksanaan Kertas Kerja Projek adalah
                     seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran 1.
                   4  Tugasan kertas kerja projek bagi murid  Tingkatan 4 akan
                     dimulakan pada bulan Ogos hingga September.
                   5  Tugasan kertas kerja projek yang disediakan oleh murid                                   Kertas Kerja Projek Perniagaan
                     akan dinilai  oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran
                     Perniagaan di sekolah masing-masing.
                   6  Penilaian tugasan kertas projek ini merupakan sebahagian
                     daripada proses pengajaran dan pembelajaran.



                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  229






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   229                                          11/7/16   1:50 PM
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247