Page 249 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 249

ABSTRAK





                     Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan
                     sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara.  Kajian kerja projek ini
                     adalah bertujuan untuk mengenal pasti tujuan perniagaan, organisasi perniagaan,
                     visi, misi dan objektif perniagaan.
                         Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang
                     wujud dalam perniagaan yang dipilih. Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian
                     fungsian mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi
                     sesebuah perniagaan.

                         Kajian  kerja  projek  ini  melibatkan  kaedah  tinjauan  di  lokasi  perniagaan.
                     Setiap maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan
                     dapatan dalam kertas kerja projek. Dapatan kajian juga diperoleh secara temu
                     bual dan bacaan daripada sumber rujukan tertentu seperti melalui bacaan bahan
                     rujukan di perpustakaan dan sumber daripada Internet.

                         Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai
                     setiap visi, misi dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud
                     dalam perniagaan yang dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian
                     rumusan juga dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya
                     dapat menjalankan operasi perniagaan mereka dengan lebih profesional, berkesan
                     dan sistematik.







          Kertas Kerja Projek Perniagaan



















                                                          iv


              236   KERTAS KERJA PROJEK






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   236                                          11/7/16   1:50 PM
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254