Page 250 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 250

1.0 PENGENALAN





                          Rimbun Sejadi Enterprise ditubuhkan pada 20 Julai 2012. Perniagaan ini
                          ditubuhkan secara milikan tunggal. Pemilik Rimbun Sejadi Enterprise ialah
                          Mohd Yusof bin Hosaini. Beliau telah dibantu oleh dua orang anaknya, iaitu
                          Aizat Affan bin Mohd Yusof dan Amira Afiqah binti Mohd Yusof.
                              Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan peralatan
                          pertanian dan ternakan, baja dan racun, tanaman dan baka ternakan, makanan
                          dan ubat-ubatan ternakan, membekal mesin dan peralatan kejuruteraan, mesin
                          dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, membekal alat
                          kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot dan kelengkapan, mesin, perkakas
                          elektrik, peralatan pencuci dan pembersihan.
                              Walau bagaimanapun, syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam bidang
                          membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-barang pertanian.
                          Rimbun Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk
                          penebangan pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar
                          Kuala  Lumpur. Rimbun  Sejadi  Enterprise juga  ingin  mengembangkan lagi
                          perniagaan ini agar prestasi dan kestabilan perniagaan menjadi lebih kukuh
                          dan maju.

                              Rimbun Sejadi Enterprise juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk
                          projek landskap di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kebanyakan pokok-pokok ini
                          dibeli terus di nurseri-nurseri dari negeri Selangor, Pahang dan Johor.


























                                                            1                                                  Kertas Kerja Projek Perniagaan


                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  237






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   237                                          11/7/16   1:50 PM
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255