Page 251 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 251

2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF





                      Untuk  melancarkan  dan  memudahkan  aktiviti  perniagaan  yang  dijalankan,
                      Rimbun Sejadi Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif
                      organisasi perniagaan.


                      2.1 VISI
                      Menjadi  pembekal  perkhidmatan  mesin,  peralatan  kejuruteraan  dan  barang-
                      barang pertanian yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur.


                      2.2 MISI
                      •  Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan
                        berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan
                      •  Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan
                      •  Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat


                      2.3 OBJEKTIF

                      •  Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan
                      •  Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan
                      •  Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat dan efektif



                        Penilaian

                       Visi dan misi yang dinyatakan oleh RSE ringkas dan padat. Tempoh masa
                       untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum.
          Kertas Kerja Projek Perniagaan
                           Visi, misi dan objektif yang dibentuk oleh RSE masih perlu diperkemas
                       dan ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART. Ciri SMART sangat penting
                       dalam penetapan visi, misi dan objektif. Hal ini bagi memastikan setiap
                       perkara mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
                           Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak
                       dengan lebih proaktif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hal ini
                       juga akan memudahkan anggota di setiap peringkat untuk memahami dan
                       mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi.




                                                          2


              238   KERTAS KERJA PROJEK






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   238                                          11/7/16   1:50 PM
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256