Page 252 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 252

3.0  MATLAMAT DAN STRATEGI
                                         ORGANISASI





                         Matlamat Rimbun Sejadi Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi
                         menjadi pembekal produk pertanian yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor
                         dalam jangka masa lima tahun.
                         Antara strategi Rimbun Sejadi Enterprise adalah seperti yang berikut:

                         •  menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk pertanian dan pihak
                            pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan

                         •  menjadi pengedar produk pertanian kepada syarikat-syarikat yang besar

                         •  memastikan  bahawa  dalam  proses  perkhidmatan  penghantaran  bekalan
                            barang pertanian adalah cepat, efektif dan efisien
                         •  mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di sekitar
                            Kuala Lumpur dan Selangor




                           Penilaian

                          Matlamat dan strategi RSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian
                          tempoh masa panjang. RSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas
                          dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

                              Matlamat dan strategi yang dibentuk oleh RSE mudah difahami dan diikuti
                          oleh setiap peringkat dalam organisasi. Selain itu, matlamat dan strategi yang
                          dirangka dan ditetapkan oleh RSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan
                          dalam mencapai visi, misi dan objektif organisasi.
                              Strategi yang mudah difahami, tepat dan proaktif akan menjadikan operasi
                          organisasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Hal ini seterusnya akan
                          mengukuhkan organisasi untuk terus berdaya saing dalam pasaran.                      Kertas Kerja Projek Perniagaan











                                                            3


                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  239






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   239                                          11/7/16   1:50 PM
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257