Page 30 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 30

Gabungan Barang dan Perkhidmatan
                 Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang                                     Bab 1
                 dan perkhidmatan kepada pelanggan.

                 Contoh
                                                                                  Buletin Keusahawanan
                  Jika anda berkunjung ke kedai kopi, anda dapat membeli barang
                  fizikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima perkhidmatan
                  dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis tersebut.



                 (a) Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)


                 Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam
                 aktiviti pengeluaran dan  penjualan barang  dan perkhidmatan
                 dengan objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan.
                 Organisasi ini menawarkan barang dan perkhidmatan yang
                 diperlukan dan diminta oleh pengguna.


                     Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan contoh organisasi yang
                     berjaya membantu melahirkan ramai usahawan muda dalam
                     industri tekstil di Malaysia.
                                                                                Datuk Haji Mohamed Faroz
                                                                                    bin Mohamed Jakel
                                                                              Legasi Jakel Trading Sdn. Bhd.
                                                                              yang diasaskan oleh Allahyarham
                                                                              Mohamed Jakel bin Ahmad telah
                                                                              berjaya membuktikan bahawa
                                                                              setiap kejayaan memerlukan
                                                                              pengorbanan dan semangat juang
                                                                              yang tinggi. Kejayaan yang dicapai
                                                                              tersebut telah diteruskan melalui
                                                                              kebolehan dan kebijaksanaan yang
                                                                              dimiliki oleh Datuk Faroz dengan
                                                                              membawa Jakel Trading Sdn. Bhd.
                                                                              ke tahap yang dikagumi dan lebih
                                                                              berdaya saing. Setiap cabaran dan
                                                                              dugaan yang diterima selama ini
                                                                              dijadikan kayu pengukur untuk
                                                                              terus berjuang dan membantu
                                                                              melahirkan lebih ramai usahawan
                                                                              untuk lebih berjaya.

                                 Gambar foto 1.8  Perniagaan tekstil





                  Sebagai bakal usahawan, pilih seorang tokoh perniagaan yang anda kenali. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri usahawan
                  yang dimiliki oleh usahawan tersebut yang dapat dicontohi serta meningkatkan semangat anda untuk menjadi
                  usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  13






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   13                                                        11/7/16   12:14 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35