Page 33 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 33

Bab 1                               Contoh






                        QR Code                Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian
                       Klinik 1Malaysia        secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti gempa bumi
                   http://pmr.penerangan.gov.my/  atau banjir.
                  index.php/1malaysia/7816-klinik-
                        1malaysia.html

                                             •  Jualan Pada Harga Kos
                                                Terdapat juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
                                                harga kos. Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang
                                                keuntungan diperoleh oleh penjual.

                                                Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung
                                                kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.



                     Minda Kreatif

                 Jelaskan kelebihan dan
                 kekurangan perniagaan yang
                 melakukan aktiviti jualan pada
                 harga kos.













                                                 Gambar foto 1.11   Peserta bengkel di pusat kulinari dibekalkan bahan
                                                               pada harga kos

                                             •  Jualan Pada Harga di Bawah Kos
                                                Barang  atau perkhidmatan  yang  dijual  di  bawah  harga  kos
                                                bermaksud  harga yang dikenakan adalah lebih rendah
                   Gambar foto 1.12  Tepung     berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang
               gandum (1 kg), iaitu barang yang   atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaannya, barang dan
               mendapat subsidi daripada kerajaan  perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
                                                Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat
                                                yang kurang berkemampuan.



                 Selain barang yang telah dinyatakan dalam gambar foto 1.12, senaraikan barang yang mendapat subsidi daripada pihak
                 kerajaan. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan pemberian subsidi kepada rakyat dan negara.

              16    BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   16                                                        11/7/16   12:14 PM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38