Page 35 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 35
Bab 1 Cintai Negara (a) Milikan Tunggal
Milikan tunggal ialah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki
Usahawan yang berjaya tidak
mengutamakan keuntungan dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. Individu
perniagaan semata-mata tetapi yang menjalankan perniagaan milikan tunggal bertanggungjawab
berusaha untuk memastikan untuk melaburkan modal dalam perniagaan.
bahawa keuntungan yang
diperoleh dapat memberikan Sumber pembiayaan diperoleh daripada wang simpanan
manfaat kepada masyarakat pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan
dan negara.
institusi kewangan. Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan. Milikan tunggal merupakan
jenis pemilikan perniagaan yang paling popular di Malaysia.
Buletin Keusahawanan
Khalif bin Samsuddin
@ Carl Samsuddin
Pengasas Butik Bella Ammara
dan beberapa perniagaan
lain. Keberanian beliau untuk
mengubah nasib diri dengan
menceburi bidang perniagaan
telah menjadi asas kepada
kejayaan beliau pada hari ini.
Kejayaan beliau bermula daripada
sembilan pasang telekung pada
Julai 2012 perlu dicontohi oleh
generasi muda pada masa ini
dengan menjadikan bidang
perniagaan sebagai kerjaya
pilihan utama.
Gambar foto 1.13 Perniagaan milikan tunggal
Ali pergi ke kedai alatan sukan untuk membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan persahabatan antara daerah.
Kos belian kasut daripada pembekal oleh pemilik kedai ialah RM150.00. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak
RM250.00. Dia mendapati terdapat tawaran diskaun sebanyak 25 peratus untuk setiap item. Setiap item tertakluk
kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus. Kira keuntungan yang diperoleh pemilik kedai
alatan sukan tersebut.
18 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 18 11/7/16 12:14 PM

