Page 43 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 43
Bab 1 Syarikat Berhad di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis
seperti yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 1965. Setiap
jenis syarikat mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Jenis-jenis Syarikat Berhad
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad
Rajah 1.7 Jenis-jenis Syarikat Berhad
(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad kebiasaannya lebih kecil berbanding
dengan Syarikat Awam Berhad. Pemegang saham terdiri daripada
ahli keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Syarikat Sendirian
Berhad mesti memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemegang
saham dalam syarikat.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
EMK
• tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. • bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga
50 orang
Soalan:
Nyatakan kandungan Akta • saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Syarikat 1965.
• pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran
ahli lembaga pengarah
• lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai
operasi syarikat
RM Celik Kewangan • modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
• pemegang saham juga menanggung liabiliti terhad
Setiap transaksi kewangan sama
ada individu atau perniagaan • sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer hanya kehilangan
perlu dibuat secara berhati-hati modal syer yang dilaburkan
mengikut panduan dan nasihat
yang dikeluarkan oleh pakar • semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk
bagi mengelakkan berlakunya menyelesaikan hutang piutang syarikat
masalah pencerobohan privasi dan
pencurian identiti. • pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal
setiap operasi syarikat
26 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 26 11/7/16 12:14 PM

