Page 45 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 45
Bab 1 EMK 2 Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut:
(a) bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang
Arahan
Bentangkan dalam kelas. hingga tiada had maksimum.
(b) sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia.
Soalan: (c) pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan
Bandingkan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad dengan Syarikat kawalan atas syarikatnya jika terdapat pembelian saham
Awam Berhad. dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal.
RM Celik Kewangan
Pemilihan sesuatu pakej pinjaman
perlu dinilai secara teliti terlebih
dahulu. Penilaian perlu dibuat dari
semua aspek termasuk jumlah
kadar faedah, kadar pinjaman asas
(BLR), kadar dasar semalaman
(OPR) dan sebagainya. Penilaian
ini adalah untuk memastikan
setiap pinjaman yang dibuat tidak
memberikan kesan negatif dan
membebankan peminjam. Gambar foto 1.17 CIMB Bank Berhad
Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.6 yang berikut:
Jadual 1.6 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Proses penubuhan rumit
• Lebih banyak modal dapat dikumpulkan • Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi
kerana bilangan pemegang syer
tidak terhad
Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
• Dapat menjalankan perniagaan • Kena membayar cukai syarikat
besar-besaran dengan modal yang besar
Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah
• Jika muflis, hanya rugi setakat modal yang • Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah
dilaburkan sahaja • Terdapat risiko penyelewengan oleh pihak pengurusan
Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
• Syarikat merupakan entiti yang berasingan • Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan kepada
daripada pemilik orang awam
28 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 28 11/7/16 12:14 PM

